Polisi Tempahan

1. Bayaran Tempahan dan Jadual Pembayaran

1.1. Bayaran tempahan awal (booking fee) : RM5,000.00 pengesahan tarikh majlis (non-refundable). Bayaran tempahan awal ini merupakan sebahagian daripada jumlah harga Pakej Wedding dan akan ditolak daripada jumlah
keseluruhan bayaran.

1.2. Pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan hendaklah dijelaskan tiga (3) bulan sebelum tarikh majlis. Kegagalan menjelaskan bayaran ini dalam tempoh 7 hari selepas tarikh akhir boleh menyebabkan tempahan dibatalkan secara sepihak.

1.3. Bayaran penuh (100%) hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh majlis berlangsung.

2. Polisi Pembatalan dan Penangguhan

2.1. Pembatalan
Booking fee tidak dipulangkan. Jika pembatalan dibuat <90 hari, bayaran 50% akan hangus. Jika < 30 hari, bayaran 100% akan hangus.

2.2. Tarikh Khas
Tiada pembatalan bagi Cuti Umum/Hot Date/Cuti Sekolah.

2.3. Penangguhan
Dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh 1 tahun (tertakluk kekosongan). Notis mestilah 6 bulan sebelum tarikh asal.

3. Rehearsal dan Mesyuarat

3.1. Selepas tempahan dibuat, pihak Wedding Place akan mengatur dua sesi perjumpaan bersama pengantin:

  • Sesi pertama – bagi memuktamadkan keperluan majlis.
  • Sesi kedua – sesi raptai (rehearsal) bagi memastikan semua kelengkapan majlis berada dalam keadaan siap sedia.

Untuk makluman, aliran perjalanan majlis (event process flow) tidak akan dikendalikan oleh pihak Wedding place.

3.2. Setiap sesi perjumpaan, termasuk sesi rehearsal, adalah terhad kepada maksimum dua (2) jam dan hendaklah dijadualkan lebih awal.

4. Susun Atur Majlis dan Lokasi Pelamin

4.1. Susun atur majlis akan dirancang berdasarkan kapasiti meja dan kerusi yang disediakan oleh pihak Wedding Place.

4.2. Pelanggan dibenarkan memilih lokasi pelamin dalam kawasan venue seluas 2.5 ekar, tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan berdasarkan kesesuaian lokasi dan logistik. (berdasarkan layout yang ditetapkan)

5. Polisi Bridal dan Pelamin

5.1. Polisi ini ditetapkan bagi memastikan kualiti pelamin, kelancaran majlis.

5.2. Tempahan Hari Sabtu
Bagi tempahan majlis pada hari Sabtu, pelanggan boleh memilih bridal serta rekaan pelamin yang ditawarkan oleh Wedding Place. Sebarang pilihan yang telah dibuat dan disahkan adalah muktamad. Perubahan atau pertukaran bridal tidak dibenarkan selepas pemilihan.

5.3. Tempahan Hari Selain Sabtu
Bagi tempahan majlis pada hari selain Sabtu, pihak Wedding Place akan menetapkan (assign) bridal yang membuat pelamin pada hari Sabtu.

5.4. Majlis Berturut-turut (Back-to-Back Event)
Bagi majlis yang berlangsung secara berturut-turut (back-to-back), pihak Wedding Place akan menetapkan bridal. Sekiranya pengantin memilih Pakej Grand & Glorious, pengantin dibenarkan memilih rekaan pelamin yang dikehendaki secara terus dengan pihak bridal.

5.5. Pihak Wedding Place berhak membuat penyesuaian sekiranya berlaku kekangan teknikal, logistik atau operasi tanpa menjejaskan kualiti majlis. Sebarang keputusan pihak pengurusan adalah muktamad.

6. Polisi Makanan dan Katering

6.1. Sudut Tuan Rumah

  • Maksimum 3 jenis kuih.
  • Wajib bawa peralatan menghidang sendiri. Tanpa peralatan, makanan tidak akan dihidangkan.
  • Wajib sediakan seorang person in charge untuk kuih dari Sudut Tuan Rumah (Stall Family).

6.2. Had Liabiliti
Pihak Wedding Place tidak bertanggungjawab (Indemnity) atas sebarang tuntutan kesihatan/keracunan makanan bagi makanan yang dibawa dari luar atau Sudut Tuan Rumah.

6.3. Sebarang penambahan jumlah tetamu (pax) hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh majlis.

6.4. Polisi Baki Makanan
Penyediaan plastik pembungkus tidak disediakan. Pihak katering tidak bertanggungjawab atas kualiti makanan
selepas waktu majlis tamat.

6.5. Test food diadakan sekali sahaja untuk setiap pengantin.

7. Vendor Luar dan Peraturan AM

7.1. Vendor Luar
Pihak Wedding Place tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan melibatkan peralatan, barangan atau kakitangan vendor luar yang dilantik oleh pelanggan (termasuk jurugambar, juruvideo, DJ, penghibur dan sebagainya).

7.2. Larangan
Dilarang keras merokok/vape (kecuali di zon khas), membawa minuman keras, atau bahan terlarang.

7.3. Kerosakan
Pelanggan bertanggungjawab atas kerosakan harta benda venue oleh tetamu atau vendor lantikan pelanggan.

8. Kejadian Luar Kawalan

Pihak Wedding Place tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan, gangguan atau kelewatan perkhidmatan yang berpunca daripada kejadian di luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Gangguan bekalan air atau elektrik
  • Cuaca ekstrem
  • Bencana alam
  • Arahan, sekatan atau tindakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan

Dalam keadaan tersebut, tiada pampasan atau tuntutan ganti rugi boleh dikenakan ke atas pihak Wedding Place.

9. Peranan Staf dan Pengurusan Wedding Place

Seorang Pengurus Wedding Place akan ditugaskan bagi memastikan :

  • Kecukupan makanan dan kelengkapan katering.
  • Kebersihan keseluruhan kawasan majlis.
  • Penyediaan dan susunan meja serta kerusi.
  • Hidangan disediakan dalam keadaan bersih, panas, dan tersusun.

Tugas petugas pramusaji adalah seperti berikut:

  • Membersihkan meja dan kawasan makanan.
  • Menambah dan menyusun semula makanan buffet.
  • Memastikan makanan sentiasa mencukupi dan teratur.

Nota : Hidangan adalah secara layan diri (self-service). Petugas tidak akan mencedok atau menyajikan lauk kepada tetamu.

10. Persetujuan Pelanggan

Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat Wedding Place seperti yang dinyatakan di atas. Saya faham bahawa sebarang pelanggaran terhadap terma ini boleh menyebabkan pembatalan atau penamatan perkhidmatan tanpa pemulangan bayaran yang telah dibuat, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan Wedding Place.

ms_MYMalay
})